Tips elakkan perut boroi / buncit

Kebanyakkan kita nak sihat. Dan kurus itu satu bonus. Dalam rancak proses makan dan tumbesaran kita memang tidakkan mampu elak perubahan dalam bentuk badan. Apatah lagi jika kerapkan makan namun tidak seimbangkan dengan bersenam. Di sini ada dicatatkan beberapa tips yang mungkin boleh membantu mereka yang nampak boroi atau buncit tapi mahu kekal langsing. Jika ada pembetulan atau penambahan, kongsikan ya

-    TIDAK AMBIL MINUMAN BERAIS DI WAKTU MALAM
-    JANGAN MANDI SELEPAS MAKAN
-    JANGAN MAKAN DAN MINUM SECARA BERSELANG SELI
-    MELAKUKAN SENAMAN KERAP- PALING KURANG DUA KALI SEMINGGU
-    MENGAMALKAN MEMAKAN SECARA PERLAHAN LAHAN
-    JANGAN KERAP MINUM TEH
-    KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
-    JANGAN TIDUR SEJURUS SELEPAS MAKAN, TUNGGU LAMA SEDIKIT.

Cara tingkatkan metabolism

  • Bersarapan  - Iya betul ! Breakfast eaters lose more weight than breakfast skipper do . Menurut Professor Barbara Rolls , metabolism tubuh akan menjadi perlahan ketika tidur  , tidak akan meningkat sehingga kamu kembali makan . Itu apabila puasa, sahur sangat digalakkan.
  • Minum susu rendah lemak – mengambil susu, yogurt dan keju mampu menghapuskan 70 peratus lemak badan daripada mereka yang tak mengambil langsung .  Kerana ia mengandungi kalsium yang meransang metabolism.
  • Jangan drastik – makan dalam kauntiti kecil tapi kerap .
  • Lebihkan protein – seperti ikan, ayam, keju rendah lemak, yogurt, tuna, kekacang
  • Makan banyak bijirin dan wholemeal foods.
  • Makan pedas-pedas
  • Ambil lemak sihat dan makanan serat . Jika roti atau kentang hanya mampu rendahkan,  carilah lemak yang baik.
  • Minum air sejuk
  • Tidur yang cukup . – lebih 4 jam jika boleh.
  • Bersenam .
Maaf jika atas tu huruf besar macam menjerit, tersemangat pula. Cuba juga beri semangat dekat diri juga ni. Moga istiqamah jaga kesihatan kita sama-sama, insyaAllah. Jadi nak sihat, dengar nasihat ( amboi pinjam tagline orang). Jom kita usahakan sama-sama, faedahnya untuk diri kita juga.


Popular posts from this blog

Weton Yang Tak Berumur Panjang

Weton Minggu Kliwon, Watak dan Peruntungannya

Weton Rabu Pon, Watak Dan Peruntungannya