Fenomena cuaca panas, ekuinoks, jerebu dan strok haba

Kebelakangan ini cuaca agak panas melanda Malaysia. Berikutan faktor kekurangan hujan dan cuaca kering. Semua diminta untuk terus menjaga diri dan melakukan pencegahan daripada berlaku sesuatu yang memudaratkan kesihatan. Baru selesai jerebu ekoran kebakaran hutan dan faktor angin yang lalu, sekali lagi kita didatangi dugaan cuaca yang penuh hikmah dari-Nya ini. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menafikan dakwaan kononnya keadaan cuaca panas melampau ketika ini adalah disebabkan fenomena ekuinoks. Pegawai Sains ANGKASA, Mohd Zamri Shah Mastor, berkata fenomena berkenaan tidak akan membawa perubahan cuaca melampau dan ia berlaku dalam masa sehari sahaja pada 20 Mac ini. Namun apa yang berlaku di negara kita kebelakangan ini (panas berterusan) adalah kerana cuaca kering (yang menyebabkan kekurangan taburan hujan) dan berikutan kesan el nino. - ( Sumber ) Jadi jika boleh elakkan aktiviti luar ketika panas. Jaga kesihatan baik-baik. FENOMENA EKUINOKS Cuaca panas terik diramal berlaku pada 2...