Kenapa & ada apa dengan Rohingya?
Kredit gambar: Zoriah. Sudah lama terjadinya permusuhan kaum dan agama antara kedua-dua komuniti (Muslim dan Buddha) di Arakan (kini dipanggil Rakhine, terletak di barat Myanmar) ditambah pula dengan dasar-dasar dan amalan diskriminasi oleh pihak berkuasa. Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi. Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun. Rakhine dikenali sebagai wilayah yang kaya dengan sumber alam. Tetapi kenyataannya kemiskinan di sana juga tinggi. "Siapa yang tidak ambil peduli tentang kaum Muslimin, maka dia bukanlah dalam kalangan mereka." (Hadis riwayat al-Tabarani) Apabila Myanmar merdeka, mereka dianggap sebagai bukan warganegara, padahal orang Rohingya mendiami Rakhine sejak ratusan tahun terdahulu dan daripada 134 etnik di Myanmar seperti Karen, Chin dan Mon, Rohingya tidak diiktiraf sebagai etnik di bumi Myanmar. Rohingya telah mengalami sekatan ke