Salam ; nampak kecil, ganjaran besar
Ada orang mungkin berat mulut, sukar nak memulakan salam. Ada orang mungkin peramah , tapi jarang mengamalkan salam. Sedih juga. Sebab perkara ini walaupun nampak kecil, namun ia sunnah dan banyak hikmahnya. Salam walaupun pada mata manusia biasa sahaja. Tapi ukurannya sisi Allah berbeza. Nabi bersabda: “ Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberi salam dalam kalangan mereka”- [ Riwayat Abu Dawud ] Salam walaupun nampak remeh, tapi Nabi buat. Malahan dia yang mendahulukan salam apabila berjumpa kanak-kanak. Sedang Nabi itu nabi. Pastinya darjat dia lebih tinggi daripada kita. Anas bin Malik melintasi sekumpulan kanak-kanak lalu memberi salam kepada mereka. Anas berkata ; “ Rasulullah selalu berbuat demikian.” [ Riwayat Bukhari & Muslim ] Salam walaupun nampak remeh, namun ia amalan yang terbaik. Rasulullah pernah ditanya; “ Mana satu amalan islam yang terbaik ?” Lalu jawab Baginda; “ Kamu menjamu orang makan dan mengucapkan salam kepada o