Cara Hantar Cerpen ke Majalah Tunas Cipta
Sebagai seorang yang suka menulis, kadangkala kita rasa mahu juga (pastinya seronok) karya kita disiar dan dibaca oleh orang lain, serta dikritik untuk penambahbaikan. Malahan membaca kebanyakan yang berpengalaman katanya; elok sebagai permulaan menulis cerpen atau puisi dan hantar ke Majalah Tunas Cipta kerana kerana majalah ini khusus menerima karya penulis generasi baru. Sebelum itu, jika mahu hantar cerpen atau sebarang karya ke Berita Harian boleh rujuk: https://birungu.wordpress.com . Syarat menulis dengan Tunas Cipta: CERPEN 1. Umur: kurang daripada 35 tahun 2. Kisah selain daripada cinta melankolia (boleh cerita cinta, tapi biar membawa kepada pemikiran atau idea yang ilmiah dan bijak). 3. Halaman: Tidak melebihi 10 muka surat (Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2). PUISI - Jenis tulisan; Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2 - Tema bebas tapi biar berpada-pada Setiap kali menghantar karya , sila sertakan juga biodata ringkas seperti nama penuh, nama pena...