Syukur selalu di hari raya!
Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan lagi kita menghirup udara di aidilfitri. Bersyukur kerana disempatkan kita menikmati bulan ramadhan, moga amalan kebaikan kita di bulan mulia penuh barakah itu akan dapat di bawa ke bulan-bulan yang lain, insyaAllah. Cakap tentang raya, selain orang sibuk dengan persiapan pakaian, kuih, kasut dan rumah raya, ramai juga memperkatakan tentang beza raya dulu dan sekarang. Semuanya berevolusi, semua akan berubah, ada perkara yang kita perlu terima, tapi masih mampu untuk kita kekalkan tradisi lama. Dan selain itu apabila berkumpul ramai-ramai ni, ada tiga perkara yang paling selalu disentuh: - Elakkan tanya soalan sensitif, hari raya untuk bergembira, hormatilah perasaan orang lain seperti mana kita mahu dihormati. - Belajar memaafkan, bukan semata untuk orang , tapi untuk hati kita tenang. Kalau orang belum sedia nak maafkan, kita doakan. - Bab ziarah, jika boleh hormati yang datang dan hormati tuan rumah. Saling selesakan dan sederhana. Di kesempata...