Posts

Showing posts with the label perkongsian

Tentang perkahwinan, hidup berkat dan hal orang perempuan

Image
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Februari 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih. Tanyalah Ustazah (Ustazah  NorHafizah Musa) "Minta maaf dengan mak ayah bukan masa hari raya saja. Dan tolong hargai adik-beradik kita." Tanyalah Ustaz (kaya jiwa) Kaya jiwa hati baik. Tak sombong misalnya. Kaya budi baik dengan orang misalnya. Untung: - ALLAH redha. Manusia suka. - Kaya jiwa ni bentuk amalan. Orang yang kaya jiwa terus istiqamah. (Nasi Lemak Kopi O: Mandi jenazah.) "Kita semua adalah bakal jenazah." Guna bauan okay. Cuma sumber bauan tu yang penting. Tak ada kaitan dah mandi belum. Bacakan doa dan al-quran sebelum mandi boleh. Baca tu pahala. Lemah lembut mandikan. Jenazah ada perasaan cuma dunia berbeza. Makruh se...

Tentang Cinta Kerana Allah, Iddah, Dakwah, Aurat & Quran

Image
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Ogos 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih. HUTANG Hutang akan sangkut kalau mati syahid pun. Hutang sengaja tak bayar: - Zalim - Dosa tak diampunkan - putus hubungan Meminjam kena ada niat nak bayar. Sikit-sikit pun tak apa. Yang penting jangan zalim tak tunaikan hak orang. Yang meminjamkan wang jangan pula ambil kesempatan. Begitu. CINTA DALAM REDHA ILAHI Malu sebahagian daripada cabang iman. Ujian ini kepahitan di dunia tapi kemanisan di akhirat. Hormat menghormati. Itu membentuk malu. Keinginan manusiawi dikasihi. Bergaduh jangan angkat suara atau mengungkit. Jangan mencela kaum keluarga. Jangan leka. Jaga aurat. Bergurau boleh jangan menghina. Berniaga kena jujur. Jangan dayus. Suami yang membiar isteri...

Cara Hantar Cerpen ke Majalah Tunas Cipta

Image
Sebagai seorang yang suka menulis, kadangkala kita rasa mahu juga (pastinya seronok) karya kita disiar dan dibaca oleh orang lain, serta dikritik untuk penambahbaikan. Malahan membaca kebanyakan yang berpengalaman katanya; elok sebagai permulaan menulis cerpen atau puisi dan hantar ke  Majalah Tunas Cipta kerana kerana majalah ini khusus menerima karya penulis generasi baru. Sebelum itu, jika mahu hantar cerpen atau sebarang karya ke Berita Harian boleh rujuk:  https://birungu.wordpress.com . Syarat menulis dengan Tunas Cipta: CERPEN 1. Umur: kurang daripada 35 tahun 2. Kisah selain daripada cinta melankolia (boleh cerita cinta, tapi biar membawa kepada pemikiran atau idea yang ilmiah dan bijak). 3. Halaman: Tidak melebihi 10 muka surat (Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2). PUISI - Jenis tulisan; Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2 - Tema bebas tapi biar berpada-pada Setiap kali menghantar karya , sila sertakan juga biodata ringkas seperti nama penuh, nama pena...

Koleksi Resepi, Masakan, Kuih Raya & Juadah Berbuka / Ramadhan

Image
Di sini saya senaraikan facebook resepi, blog masakan dan youtube channel serta instagram yang berkongsi dan mengandungi resepi. Jika ada penambahan boleh tambah di ruangan komen. Boleh merujuk link disediakan untuk tahu banyak resepi lain. Moga kita saling manfaatkan idea mereka yang baik-baik dan mahir memasak ini. Terima kasih. BLOG RESEPI DAN MASAKAN BanyakResepi.Blogspot Wanista.com    Antara yang menarik: RESEPI OTAK-OTAK IKAN & SAYURAN || RESEPI ‘FERRERO ROCHER’ BUATAN SENDIRI Daridapur.com Blogresepimasakan Mamawandiha.blogspot Tiffinbiru.com/   (Antara yang menarik: Sambal Goreng Mudah ) YOUTUBE CHANNEL (RESEPI) Maha Mahu Dapur Bujang Dapur Umami Resepi Borneo Buat Orang Lapo Masakan Dari Rancangan Bibik-bibikku. Koleksi Resepi Sheila Rusly: Ketuk-Ketuk Ramadhan 2016 --> ( Video Playlist ) INSTAGRAM RESEPI Dapur cikgu siti Resepi campak campak Antara resepinya: Resepi Biskut Makmur  Bahan-bahan (80 biji): 🌸500g tepung gandum 🌸Minyak sapi (ikut...

Tak Tahu Baca Al-Quran?

Image
Jika tak tahu baca Al-Quran; Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.) Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah. "Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim) Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat. Ini artikel dan video...

Persembahan Faizal Tahir & Caliph Buskers di AJL 30

Image
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang beri manfaat kepada manusia lain. Dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk berdakwah dan menyampaikan sesuatu yang baik. Antara kebaikan apabila dikenali, kita lebih mudah menyampaikan pengaruh yang baik-baik. Yang pasti kesannya bukan sedikit, insya-Allah. Di bawah ini saya sertakan video (daripada facebook) persembahan Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum dalam Anugerah Juara Lagu ke 30, serta lagu Caliph Buskers dengan lagu Hanya Nama-Mu. Namun jika kekurangan dari segi kelancarannya, boleh lihat video mereka di AJL menerusi youtube: Faizal ( klik sini ) dan Caliph Buskers di ( sini ). Terima kasih. FAIZAL TAHIR (Facebook Rasmi Faizal Tahir) Faizal Tahir AJL30 Faizal Tahir AJL30Video lain http://goo.gl/ofp7aIHulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban rakyat Syria melalui platform Malaysia Life Line for Syria:https://www.facebook.com/MLL4S/?fref=ts====================Sumbangan atas talian :====================Sila klik : https:...

Tentang Cinta Nabi, Masa & Menjadi Solehah

Image
Ini sedikit catatan melalui beberapa rancangan agama yang ditonton dan didengar sepanjang bulan ini. Jadi saya telah mengumpulkannya untuk diletak di dalam penulisan ini. Jika ada penambahan atau kekurangan, sila nyatakan ya? Terima kasih. “Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.” Sahabat yang baik itu: - Dia menutup aib sahabatnya. - Dekat belakang / depan pun puji. - Cari peluang untuk membantu. - Saling mendoakan Jangan kedekut doa. Doakan juga untuk orang lain; selalu. Cara Kawal Marah: - Wuduk - Ubah posisi - Diam diri - Positif - Senyum - Istighfar (Tenang) Dosa anak-anak "Dosa anak-anak tidak akan ditanggung ibubapa jika ibubapa dah beri didikan agama, dah nasihat dan tak tau pun anak itu buat salah atau maksiat tersebut (di belakang mereka). Jadi anak itu menanggung dosanya sendiri. Melainkan jika ibubapa tahu tapi buat tak tahu, tak nasihat langsung, atau tak berusaha beri didikan agama, baru ibubapa pun ...

Kisah Benar Dari Radio

Image
Kisah benar satu: Kerana Sayang Kisah ni di radio satu ketika dulu. Kisah benar. Seorang ustaz yang bertembung dengan seorang makcik. *** Ustaz ni terjumpa seorang makcik sedang berjalan dalam gerimis berseorangan. Dia sudah berjalan 20 km, begitu anggarannya Ustaz ni bertanyalah;"‘kenapa makcik tak naik bas?” Makcik tu diam sekejap sebelum menjawab. "Makcik cuma bawa dua ringgit. Seringgit makcik dah bayar bil hospital, ambil ubat anak, tinggal seringgit ni mana cukup nak ambil bas," jawabnya sayu. Ustaz tu sebak. Dia diberitahu ubat yang diambil tu ubat ketagihan. Allahu, Begitulah kasih seorang ibu, sanggup berjalan jauh untuk anak, walaupun anaknya begitu. Emak memang begitu, dari kecil sehinggalah kita dewasa berusaha untuk menyenangkan kita. Dan bayangkan Rasullullah S.A.W lebih sayang kita daripada Emak kita. Pernah sekali Nabi menangis tertunduk sedih. Lama. Allah sampai tak sanggup lihat. Lantas Allah yang melihat Nabi bersedih itu, bertanya, “kenapa menangis b...

Nota: Tentang istikharah

Image
Setiap perkataan yang baik mampu meneruskan semangat. Namun perkataan yang bebrisa mampu menjadi senjata pemusnah. Kata-kata boleh ubah perspektif dan meruntuhkan kepercayaan orang lain. Jika mencari artikel berkaitan solat istikharah , boleh rujuk: SINI Dalam hidup ini, berapa kali kita jauh dari rahmat Allah , hanya kerana pakej itu tidak datang seperti yang kita harapankan. Kita jarang bersyukur dan melihat hikmah. Namun jika kita sabar sedikit dan yakin dengan ketentuan-Nya, pastinya semua akan baik-baik saja. Jika berkeinginan keras buat sesuatu, buat solat dua rakaat yang bukan fardu dan berdoa. (hadis) Doa istikharah. Selain itu solat hajat. Tak dinyatakan bukan solat istikharah saja dalam hadis. Langit hidup tanpa warna untuk dilihat dalam pelbagai warna. Langkah istikharah ; gunakan semua pancaindera dan akal untuk berfikir. Langkah kedua : istikharah, cari pendapat orang lain yang pakar. Langkah ketiga:  Barulah solat istikharah Jika kita boleh pilih lima di dunia ini mak...

Tips mendapat ilmu yang berkat dan banyak

Image
Ilmu sangat penting dalam hidup kita semua. Dan belajar adalah proses seumur hidup. Tuhan menilai semua usaha kita, jadi jangan pernah berhenti dan mengalah untuk belajar sesuatu yang baik. Buatlah yang terbaik dalam perkara yang diredhai-Nya, insyaAllah berkat. Tips mendapat ilmu yang berkat * Perkara paling asas, niat yang ikhlas. Niat belajar kerana ALLAH, mahu keluar dari kelompok jahil, dan mahu memanfaat dan menyebar demi masyarakat . *Jauhi maksiat yang menggelapkan hati. *Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. "Hikmah (ilmu) itu umpama barang mukmin yang hilang, di mana saja kamu menjumpainya, maka ambillah ia " (Riwayat al-Tirmizi ) *Banyak bertanya, berbincang dan berdebat secara aman demi meraih ilmu yang benar *Kefakiran dan kemiskinan seseorang bukanlah penghalang untuk menjadi orang yang berilmu (alim), tapi yang penting perlu rajin dan istiqamah (berterusan) *Sentiasa bersyukur bahawa ilmu itu anugerah ALLAH . *Memohon hidayah ALLAH dengan berdoa supaya terang...