Posts

Showing posts with the label pengalaman

Pengalaman buat surprise delivery untuk orang di hari jadi

Image
Semua orang suka dihargai. Namun semua kita berbeza cara dalam menggembirakan orang yang kita sayang. Bagi saya kegembiraan orang yang tersayang adalah satu kebahagian. Berikut adalah pengalaman saya memberi hadiah atau kejutan untuk ahli keluarga dan sahabat saya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan menganjurkan umatnya untuk saling memberi dan menerima hadiah. Beliau bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, agar kalian saling mencintai.” (HR. al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Shahih al-Jami 3004, al-Irwa 1601) Kek, kad dan baju untuk mak, abah dan adik. Alhamdulillah untuk semua kesempatan. Hobi saya yang memberi kad kepada mak abah sempena hari istimewa. Saya tahu itu tidaklah seberapa dan terlalu jauh nak dibandingkan apa yang mereka telah beri, namun wajah gembira mereka cukup membahagiakan. Adalah pernah beli hadiah untuk mereka dan mereka sangat hargai. Kadangkala letak di meja. Ada yang beri terus. Ada yang saya pos (masa belajar dulu). Dan...

Kisah Benar Dari Radio

Image
Kisah benar satu: Kerana Sayang Kisah ni di radio satu ketika dulu. Kisah benar. Seorang ustaz yang bertembung dengan seorang makcik. *** Ustaz ni terjumpa seorang makcik sedang berjalan dalam gerimis berseorangan. Dia sudah berjalan 20 km, begitu anggarannya Ustaz ni bertanyalah;"‘kenapa makcik tak naik bas?” Makcik tu diam sekejap sebelum menjawab. "Makcik cuma bawa dua ringgit. Seringgit makcik dah bayar bil hospital, ambil ubat anak, tinggal seringgit ni mana cukup nak ambil bas," jawabnya sayu. Ustaz tu sebak. Dia diberitahu ubat yang diambil tu ubat ketagihan. Allahu, Begitulah kasih seorang ibu, sanggup berjalan jauh untuk anak, walaupun anaknya begitu. Emak memang begitu, dari kecil sehinggalah kita dewasa berusaha untuk menyenangkan kita. Dan bayangkan Rasullullah S.A.W lebih sayang kita daripada Emak kita. Pernah sekali Nabi menangis tertunduk sedih. Lama. Allah sampai tak sanggup lihat. Lantas Allah yang melihat Nabi bersedih itu, bertanya, “kenapa menangis b...

Pengajaran dari Gaza

Image
Sesiapa yang menempuh jalan untuk agama Allah. Nescaya akan ditolong olehnya. Beserta setiap kesukaran itu pasti ada kemudahan. Seperi firman Allah S.W.T dalam surah Al-insyirah ayat 5 yang bermaksud :  Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. “Sesuatu itu dipermudahkan untuk merealisasikan tujuan ia diciptakan.” (HR Bukhari) Gaza, negara yang telah lama memperjuangkan hak mereka. Dan tidak sedikit pengorbanan dan kesukaran yang mereka lalui. Namun mereka tetap terus berjuang dengan segala kekurangan dan masih taat sebagai hamba-Nya. Ibrah daripada penduduk Gaza Ini dikongsikan sukarelawan A2G8 Nurul ‘Ain, menerusi  majalah jom. - Al-Quran perlu dihayati dan dihadami. Bukan hanya sekadar membacanya tetapi ia perlu diamalkan. -Seorang muslim itu akan berusaha cari syahid dan bersungguh-sungguh ke arahnya. -Medan berkata-kata dan medan beramal tidak sama. Begitu ramai yang bercakap tentang pengorbanan dan perjuangan. Tetapi tidak ramai yang bersedia untuk terkorban dan...