Posts

Showing posts with the label hijrah

Tentang Cinta Kerana Allah, Iddah, Dakwah, Aurat & Quran

Image
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Ogos 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih. HUTANG Hutang akan sangkut kalau mati syahid pun. Hutang sengaja tak bayar: - Zalim - Dosa tak diampunkan - putus hubungan Meminjam kena ada niat nak bayar. Sikit-sikit pun tak apa. Yang penting jangan zalim tak tunaikan hak orang. Yang meminjamkan wang jangan pula ambil kesempatan. Begitu. CINTA DALAM REDHA ILAHI Malu sebahagian daripada cabang iman. Ujian ini kepahitan di dunia tapi kemanisan di akhirat. Hormat menghormati. Itu membentuk malu. Keinginan manusiawi dikasihi. Bergaduh jangan angkat suara atau mengungkit. Jangan mencela kaum keluarga. Jangan leka. Jaga aurat. Bergurau boleh jangan menghina. Berniaga kena jujur. Jangan dayus. Suami yang membiar isteri...

Tak Tahu Baca Al-Quran?

Image
Jika tak tahu baca Al-Quran; Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.) Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah. "Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim) Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat. Ini artikel dan video...

Tentang Cinta Nabi, Masa & Menjadi Solehah

Image
Ini sedikit catatan melalui beberapa rancangan agama yang ditonton dan didengar sepanjang bulan ini. Jadi saya telah mengumpulkannya untuk diletak di dalam penulisan ini. Jika ada penambahan atau kekurangan, sila nyatakan ya? Terima kasih. “Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.” Sahabat yang baik itu: - Dia menutup aib sahabatnya. - Dekat belakang / depan pun puji. - Cari peluang untuk membantu. - Saling mendoakan Jangan kedekut doa. Doakan juga untuk orang lain; selalu. Cara Kawal Marah: - Wuduk - Ubah posisi - Diam diri - Positif - Senyum - Istighfar (Tenang) Dosa anak-anak "Dosa anak-anak tidak akan ditanggung ibubapa jika ibubapa dah beri didikan agama, dah nasihat dan tak tau pun anak itu buat salah atau maksiat tersebut (di belakang mereka). Jadi anak itu menanggung dosanya sendiri. Melainkan jika ibubapa tahu tapi buat tak tahu, tak nasihat langsung, atau tak berusaha beri didikan agama, baru ibubapa pun ...

Dakwah dan nasihat

Image
Tak kira kita siapa, kita wajib sampaikan benda dan ilmu baik yang kita ada. Sebab kita semua mahu berlumba buat baik dan masuk syurga. Jadi buatlah semampu kita sebab kita mahu ada di tempat terbaik di sisi-Nya. InsyaAllah. Ini antara nota tentang dakwah dan nasihat untuk dikongsi bersama-sama. Ada kekeliruan, pembetulan, pertanyaan atau tambahan sila tegur ya. Terima kasih. “Ada beza antara young daie dengan season daie. Selalu young daie dia sangat concern dengan hasil dakwahnya. Jika tak nampak dia rasa frust dan stress. Tapi lama-lama saya belajar perubahan tak boleh dipaksa. Allah bukan tanya hasil tapi usaha-usaha yang kita buat” - Dr. Harlina Resepi dakwah kreatif Bahan-bahan 240 g Daya Usaha 160 g Campuran Akhlak Mulia 100 g Kesabaran 150 g Imaginasi 60 g Idea Baru Secubit senyuman secukup rasa Cara-cara membuatnya : Pukul idea baru sehingga kembang dan kental Masukkan usaha dan kesabaran sedikit demi sedikit Tambahkan imaginasi dan gaul sehingga sebati Bungkus adunan tadi den...

Masa tak pernah cukup?

Image
Semua kita mempunyai bilangan masa yang sama, namun cara kita menguruskan atau memanfaatkan itu berbeza. Ada yang cukup , ada tak. Yang penting sekali, mulakan dengan niat, ada perancangan dan lakukan dengan terbaik dan ikhlas, insyaAllah dipermudah. 24 Jam tidak pernah cukup - Dahulukan apa yang penting  (Tulis, atur dan letak di tempat yang boleh dilihat) - Untuk yang masih belajar, mengulangkaji pelajaran semasa hari persekolahan (Bahagi masa, paling kurang sejam belajar masa minima) - Kualiti masa ; tidak boleh buat hal sendiri saja - Dakwah fardiyah (ucapkan kata yang baik dan bantu keperluan dan kehendak semampu kita ). Ingat apa yang disukai dan apa yang dibenci. Dakwah fardiyah tak bermakna bersamanya all the time, but it’s about being there at the right time and doing the right thing . Semoga Allah beri pertolongan dan petunjuk dalam kita melaksanakan - Jangan bertangguh * ingat lima perkara sebelum lima perkara - Belajar secara bijak * fokus , rancang jadual - Mesyuarat ...

Nota: Tentang istikharah

Image
Setiap perkataan yang baik mampu meneruskan semangat. Namun perkataan yang bebrisa mampu menjadi senjata pemusnah. Kata-kata boleh ubah perspektif dan meruntuhkan kepercayaan orang lain. Jika mencari artikel berkaitan solat istikharah , boleh rujuk: SINI Dalam hidup ini, berapa kali kita jauh dari rahmat Allah , hanya kerana pakej itu tidak datang seperti yang kita harapankan. Kita jarang bersyukur dan melihat hikmah. Namun jika kita sabar sedikit dan yakin dengan ketentuan-Nya, pastinya semua akan baik-baik saja. Jika berkeinginan keras buat sesuatu, buat solat dua rakaat yang bukan fardu dan berdoa. (hadis) Doa istikharah. Selain itu solat hajat. Tak dinyatakan bukan solat istikharah saja dalam hadis. Langit hidup tanpa warna untuk dilihat dalam pelbagai warna. Langkah istikharah ; gunakan semua pancaindera dan akal untuk berfikir. Langkah kedua : istikharah, cari pendapat orang lain yang pakar. Langkah ketiga:  Barulah solat istikharah Jika kita boleh pilih lima di dunia ini mak...

Antara ayat, hadis untuk jauhi syaitan dan sihir

Image
Adakah semua sifat jahat daripada syaitan? Sifat jahat ni kadangkala daripada syaitan. Kadangkala daripada nafsu. Dalam diri dah sedia faktor penolak daripada buat jahat. Nafsu ni suka kepada benda lazat dan seronok. Yang penting puas. Syaitan ni bagi sokongan dan motivasi kita buat jahat. ARTIKEL BERKAITAN:  Punca histeria, kaedah rawatan | cara mengelak & mengatasi gangguan makhluk halus. Kita kawal dengan minta lindung daripada Allah. Minta jauh. Setiap manusia kita tengok berdasarkan siapa kawan dia. Godaan syaitan ni besar. Jaga jangan sampai tergoda dengan tipu daya. Syaitan nak goda sebab nak ramaikan orang dalam neraka. Kena azab. Syaitan bisik. Ada was-was. Semua orang ada gangguannya. Orang miskin diduga supaya tak redha. Orang kaya bagi dia kedekut. Orang sihat supaya dia rasa sihat dan lambat nak mati. Orang sakit supaya dia tak redha. Dia marah. Syaitan datang dalam pelbagai bentuk. Kena ada rasa tawaduk bila nak mengubati sakit kita atau ada ahli keluarga kita. Ke...

Menjauhi fitnah dajjal

Image
Dajjal akan keluar pada akhir zaman nanti. Ia mempunyai kelebihan yang mana sesiapa yang tidak kuat iman, akan mengagumi dan mengikut arahannya. Dan akan sesatlah yang mengikutinya itu. Namun untuk mejauhi dan menguatkan diri kelak, ini sedikit perkongsian. Namun jika ada pembetulan atau penambahan, sangat dialu-alukan. 10 Amalan perisai fitnah dajjal ; - Banyak berdoa - Jangan sesekali tinggalkan solat fardu - Banyakkan membaca, faham, beramal - Berpegang teguh dengan Al-quran dan sunnah - Jauhi perbuatan yang menyebabkan hati mati seperti biasakan diri dengan dosa kecil, bercakap lagho, terlalu cintakan dunia - Banyakkan zikir - Banyak ingat mati - Jadikan masjid dan surau sebagai rumah kedua - Hiasi malam dengan qiamulail - Sebarkan manfaat ke orang عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ » وفي رواية ـ من آخر سورة الكهف ـ Dari Abu Darda’ radhiyallahu anhu, bahwa Nabi shal...

Syukur selalu di hari raya!

Image
Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan lagi kita menghirup udara di aidilfitri. Bersyukur kerana disempatkan kita menikmati bulan ramadhan, moga amalan kebaikan kita di bulan mulia penuh barakah itu akan dapat di bawa ke bulan-bulan yang lain, insyaAllah. Cakap tentang raya, selain orang sibuk dengan persiapan pakaian, kuih, kasut dan rumah raya, ramai juga memperkatakan tentang beza raya dulu dan sekarang. Semuanya berevolusi, semua akan berubah, ada perkara yang kita perlu terima, tapi masih mampu untuk kita kekalkan tradisi lama. Dan selain itu apabila berkumpul ramai-ramai ni, ada tiga perkara yang paling selalu disentuh: - Elakkan tanya soalan sensitif, hari raya untuk bergembira, hormatilah perasaan orang lain seperti mana kita mahu dihormati. - Belajar memaafkan, bukan semata untuk orang , tapi untuk hati kita tenang. Kalau orang belum sedia nak maafkan, kita doakan. - Bab ziarah, jika boleh hormati yang datang dan hormati tuan rumah. Saling selesakan dan sederhana. Di kesempata...

Mahu diberkati sepanjang jalan ( Tips pemanduan / musafir )

Image
Kita semua mahukan perjalanan yang selamat dan alangkah indah diberkati, insyaAllah. Selain doa orang teraniaya dan berpuasa makbul, doa orang yang dalam perjalanan juga makbul. Mohonlah doa baik-baik untuk semua. Artikel berkaitan:  Adab sebelum & semasa musafir (kembara) dalam islam Jom mulakan perjalanan dengan doa-doa, moga diberkati-Nya. - Semasa hendak menaiki kenderaan Mulakan langkah atau buka kunci atau pergerakan dengan bismillah. - Apabila sudah berada dalam kenderaan • Takbir ( Allahuakbar 3x) • Berdoa Kesyukuran ( Al-Zukhruf 43 : 13-14 ) لِتَسۡتَوٗا عَلٰى ظُهُوۡرِهٖ ثُمَّ تَذۡكُرُوۡا نِعۡمَةَ رَبِّكُمۡ اِذَا اسۡتَوَيۡتُمۡ عَلَيۡهِ وَتَقُوۡلُوۡا سُبۡحٰنَ الَّذِىۡ سَخَّرَ لَنَا هٰذَا وَمَا كُنَّا لَهٗ مُقۡرِنِيۡنَۙ‏ AZ ZUKHRUF:13 Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelu...

Acah-acah kuat

Image
Hidup macamana pun tetap kena hadap. Memang ada hari kita jatuh, tapi bukan hari-hari kena jatuh. hati kita lama nak guna lagi, jangan beri suatu pun keadaan tak best buat kita rugi dan sakit. Jangan seksa diri sendiri, kita ni bernilai. Jadi, hargailah nyawa dan kesempatan diberi. Boleh sedih dan kecewa, cuma elakkan lama-lama. Kita cuba! Hargai masa dengan ; - Jangan risau apa jadi esok terlalu. Usahakan hari ini - Masa tak menunggu kita. Nikmati setiap detik dengan sebaiknya - Teruslah berbuat baik - Terus positif .Allah maha baik. Dia menurut sangkaan kita. - Jangan berhenti berharap. Allah tahu bila sesuai nak makbulkan. [ YUSUF ; 87 ] Janganlah merajuk dengan ujian Allah. Hikmahnya banyak . Kita tahu jika menjerit ke langit pun tak bawa makna apa. Melainkan mengharungi dengan baik. Jom cerdik emosi: - Rehat yang cukup dan kualiti - Nutrisi dan gizi semibag - Riadah - Ada akhitivi - Jangan lupa bernafas - Masih ada aktiviti masa lapang Sunatullah itu berpusing-pusing. Dan Allah ad...

Pengajaran dari Gaza

Image
Sesiapa yang menempuh jalan untuk agama Allah. Nescaya akan ditolong olehnya. Beserta setiap kesukaran itu pasti ada kemudahan. Seperi firman Allah S.W.T dalam surah Al-insyirah ayat 5 yang bermaksud :  Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. “Sesuatu itu dipermudahkan untuk merealisasikan tujuan ia diciptakan.” (HR Bukhari) Gaza, negara yang telah lama memperjuangkan hak mereka. Dan tidak sedikit pengorbanan dan kesukaran yang mereka lalui. Namun mereka tetap terus berjuang dengan segala kekurangan dan masih taat sebagai hamba-Nya. Ibrah daripada penduduk Gaza Ini dikongsikan sukarelawan A2G8 Nurul ‘Ain, menerusi  majalah jom. - Al-Quran perlu dihayati dan dihadami. Bukan hanya sekadar membacanya tetapi ia perlu diamalkan. -Seorang muslim itu akan berusaha cari syahid dan bersungguh-sungguh ke arahnya. -Medan berkata-kata dan medan beramal tidak sama. Begitu ramai yang bercakap tentang pengorbanan dan perjuangan. Tetapi tidak ramai yang bersedia untuk terkorban dan...

Adab bersin dan hindari menguap

Image
Ia bukan sama dan biasa. Kedua reaksi badan ada dosa dan pahala. Bersin tak sama dengan menguap. Ini sedikit perkongsian daripada majalah solusi. “ Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci akan menguap.” (Riwayat al-Bukhari) Jika Allah kata dia suka atau benci akan sesuatu itu, pasti sebabnya bukan lagi biasa-biasa. Maka kita patut memenangi keredhaan Tuhan dengan mengambil tahu apa Dia suka atau tak. Sunnah Bersin: UCAPLAH ALHAMDULILLAH Nabi berpesan lagi “Apabila ada antara kamu yang bersin, maka ucapkanlah Alhamdulillah.” (Riwayat al-Bukhari) Ya, kita bersyukur kerana ia membersihkan hidung kita daripada virus. Sunnah Bersin: TUTUP MULUT PERLAHAN SUARA “Apabila Rasulullah bersin, Baginda meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya sambil memperlahankan suaranya.” ( Riwayat Abu Dawud) Sunnah Bersin: DOAKANLAH SAUDARA KITA “Apabila ada antara kamu yang bersin lalu menyebut Alhamdulillah, maka doakan untuknya yarhamukallah. Tetapi jikalau dia tidak menyebut Alhamdulillah mak...

Amalan Ini Allah Suka

Image
Kita masuk syurga sebab Allah suka, Allah redha. Jadi lakukan apa yang disukai-Nya. Antaranya yang dikongsikan melalui Ezy Dakwah adalah seperti berikut. - Amal sedikit yang konsisten Nabi berpesan : “ Luaskan dan rapat-rapatkan saf. Ketahuilah tiada seorang pun yang akan berjaya masuk syurga disebabkan amalannya! Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah yang konsisten walaupun sedikit. ( Riwayat al-Bukhari) Kita tak masuk syurga dengan amal, melainkan dengan rahmat Allah. Mungkin kita derma beberapa sen setiap kali ke surau, atau telefon ibu ayah kita selalu sangat disukai Allah. Atau mungkin sentiasa merapatkan saf ketika solat berjemaah sebagaimana anjuran Nabi dalam hadis tersebut. - Amalan Fardu Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi. “Tiada amalan yang hamba-Ku lakukan untuk mendekati-Ku, yang lebih aku suka daripada amalan yang telah Aku fardukan ke atasnya.” ( Riwayat al-Bukhari) Maka janganlah kita giat melakukan kebaikan demi mengharapkan Allah reda tetapi amala...

Beribadah ketika uzur ( haid )

Image
Perempuan dicipta dengan begitu banyak kelebihan. Dan antaranya boleh berehat dengan dikurniakan 'masanya sendiri'. Selain, insyaAllah boleh mengandung, perempuan juga dijaga dengan begitu baik dalam islam. Melalui undang-undangnya, melalui ayah, suami semuanya menunjukkan perempuan diangkat martabatnya dalam agama Allah yang mulia ini. Alhamdulillah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ “Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (daripada perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.” (HR. Ahmad; shahih) Antara ibadah yang boleh dilakukan mereka yang datang bulan ini (haid): Berdoa ( dengan apa saja doa ) Membuat amal kebaikan banyak-b...

Al-Quran, kita & kesibukan (2)

Image
Ini adalah sambungan penulisan artikel : Al-Quran, kita & kesibukan  bahagian satu. Membaca Al-Quran ganjarannya banyak. Di sini sambungan sebahagian nota sebelum ini. Adab sebelum baca Al-Quran - Niat ikhlas - Berwuduk - Tutup aurat - Guna tangan kanan Al-Quran kalam Allah tu benar. 8 cara untuk mendekati Al-quran dengan niat yang ikhlas. - Baca quran untuk terima petunjuk , supaya dekat dengan Allah. Supaya Allah redha. - Lihat mesej sebenar. Banyak maksud dan aspek intelek dalam setiap ayat - Tidak wajar membaca alquran untuk memenangkan pendapat sendiri - Sia-sia nikmat baca alquran jika kita guna untuk kepentingan duniawi semata - Jangan baca Quran sebab nak sihat atau nak hati tenang, tapi bacalah kerana Allah yang maha penyayang - Ganjarannya besar baca quran. Boleh jadi motivasi dan masuk syurga - Dapat mendekat denganNya - Niat fokus , supaya benar mendapat redhaNya Niat lari boleh menyebabkan futur ( lemah dan hilang semangat ). Mungkin ada buat perkara lagho masa da...

Salam ; nampak kecil, ganjaran besar

Image
Ada orang mungkin berat mulut, sukar nak memulakan salam. Ada orang mungkin peramah , tapi jarang mengamalkan salam. Sedih juga. Sebab perkara ini walaupun nampak kecil, namun ia sunnah dan banyak hikmahnya. Salam walaupun pada mata manusia biasa sahaja. Tapi ukurannya sisi Allah berbeza. Nabi bersabda: “ Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberi salam dalam kalangan mereka”- [ Riwayat Abu Dawud ] Salam walaupun nampak remeh, tapi Nabi buat. Malahan dia yang mendahulukan salam apabila berjumpa kanak-kanak. Sedang Nabi itu nabi. Pastinya darjat dia lebih tinggi daripada kita. Anas bin Malik melintasi sekumpulan kanak-kanak lalu memberi salam kepada mereka. Anas berkata ; “ Rasulullah selalu berbuat demikian.” [ Riwayat Bukhari & Muslim ] Salam walaupun nampak remeh, namun ia amalan yang terbaik. Rasulullah pernah ditanya; “ Mana satu amalan islam yang terbaik ?” Lalu jawab Baginda; “ Kamu menjamu orang makan dan mengucapkan salam kepada o...