Posts

Showing posts with the label belajar

Tak Tahu Baca Al-Quran?

Image
Jika tak tahu baca Al-Quran; Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.) Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah. "Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim) Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat. Ini artikel dan video...

Tips mendapat ilmu yang berkat dan banyak

Image
Ilmu sangat penting dalam hidup kita semua. Dan belajar adalah proses seumur hidup. Tuhan menilai semua usaha kita, jadi jangan pernah berhenti dan mengalah untuk belajar sesuatu yang baik. Buatlah yang terbaik dalam perkara yang diredhai-Nya, insyaAllah berkat. Tips mendapat ilmu yang berkat * Perkara paling asas, niat yang ikhlas. Niat belajar kerana ALLAH, mahu keluar dari kelompok jahil, dan mahu memanfaat dan menyebar demi masyarakat . *Jauhi maksiat yang menggelapkan hati. *Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. "Hikmah (ilmu) itu umpama barang mukmin yang hilang, di mana saja kamu menjumpainya, maka ambillah ia " (Riwayat al-Tirmizi ) *Banyak bertanya, berbincang dan berdebat secara aman demi meraih ilmu yang benar *Kefakiran dan kemiskinan seseorang bukanlah penghalang untuk menjadi orang yang berilmu (alim), tapi yang penting perlu rajin dan istiqamah (berterusan) *Sentiasa bersyukur bahawa ilmu itu anugerah ALLAH . *Memohon hidayah ALLAH dengan berdoa supaya terang...