Posts

Showing posts with the label amalan

Antara ayat, hadis untuk jauhi syaitan dan sihir

Image
Adakah semua sifat jahat daripada syaitan? Sifat jahat ni kadangkala daripada syaitan. Kadangkala daripada nafsu. Dalam diri dah sedia faktor penolak daripada buat jahat. Nafsu ni suka kepada benda lazat dan seronok. Yang penting puas. Syaitan ni bagi sokongan dan motivasi kita buat jahat. ARTIKEL BERKAITAN:  Punca histeria, kaedah rawatan | cara mengelak & mengatasi gangguan makhluk halus. Kita kawal dengan minta lindung daripada Allah. Minta jauh. Setiap manusia kita tengok berdasarkan siapa kawan dia. Godaan syaitan ni besar. Jaga jangan sampai tergoda dengan tipu daya. Syaitan nak goda sebab nak ramaikan orang dalam neraka. Kena azab. Syaitan bisik. Ada was-was. Semua orang ada gangguannya. Orang miskin diduga supaya tak redha. Orang kaya bagi dia kedekut. Orang sihat supaya dia rasa sihat dan lambat nak mati. Orang sakit supaya dia tak redha. Dia marah. Syaitan datang dalam pelbagai bentuk. Kena ada rasa tawaduk bila nak mengubati sakit kita atau ada ahli keluarga kita. Ke...

Menjauhi fitnah dajjal

Image
Dajjal akan keluar pada akhir zaman nanti. Ia mempunyai kelebihan yang mana sesiapa yang tidak kuat iman, akan mengagumi dan mengikut arahannya. Dan akan sesatlah yang mengikutinya itu. Namun untuk mejauhi dan menguatkan diri kelak, ini sedikit perkongsian. Namun jika ada pembetulan atau penambahan, sangat dialu-alukan. 10 Amalan perisai fitnah dajjal ; - Banyak berdoa - Jangan sesekali tinggalkan solat fardu - Banyakkan membaca, faham, beramal - Berpegang teguh dengan Al-quran dan sunnah - Jauhi perbuatan yang menyebabkan hati mati seperti biasakan diri dengan dosa kecil, bercakap lagho, terlalu cintakan dunia - Banyakkan zikir - Banyak ingat mati - Jadikan masjid dan surau sebagai rumah kedua - Hiasi malam dengan qiamulail - Sebarkan manfaat ke orang عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ » وفي رواية ـ من آخر سورة الكهف ـ Dari Abu Darda’ radhiyallahu anhu, bahwa Nabi shal...

Adab bersin dan hindari menguap

Image
Ia bukan sama dan biasa. Kedua reaksi badan ada dosa dan pahala. Bersin tak sama dengan menguap. Ini sedikit perkongsian daripada majalah solusi. “ Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci akan menguap.” (Riwayat al-Bukhari) Jika Allah kata dia suka atau benci akan sesuatu itu, pasti sebabnya bukan lagi biasa-biasa. Maka kita patut memenangi keredhaan Tuhan dengan mengambil tahu apa Dia suka atau tak. Sunnah Bersin: UCAPLAH ALHAMDULILLAH Nabi berpesan lagi “Apabila ada antara kamu yang bersin, maka ucapkanlah Alhamdulillah.” (Riwayat al-Bukhari) Ya, kita bersyukur kerana ia membersihkan hidung kita daripada virus. Sunnah Bersin: TUTUP MULUT PERLAHAN SUARA “Apabila Rasulullah bersin, Baginda meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya sambil memperlahankan suaranya.” ( Riwayat Abu Dawud) Sunnah Bersin: DOAKANLAH SAUDARA KITA “Apabila ada antara kamu yang bersin lalu menyebut Alhamdulillah, maka doakan untuknya yarhamukallah. Tetapi jikalau dia tidak menyebut Alhamdulillah mak...

Beribadah ketika uzur ( haid )

Image
Perempuan dicipta dengan begitu banyak kelebihan. Dan antaranya boleh berehat dengan dikurniakan 'masanya sendiri'. Selain, insyaAllah boleh mengandung, perempuan juga dijaga dengan begitu baik dalam islam. Melalui undang-undangnya, melalui ayah, suami semuanya menunjukkan perempuan diangkat martabatnya dalam agama Allah yang mulia ini. Alhamdulillah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ “Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (daripada perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.” (HR. Ahmad; shahih) Antara ibadah yang boleh dilakukan mereka yang datang bulan ini (haid): Berdoa ( dengan apa saja doa ) Membuat amal kebaikan banyak-b...