Posts

Showing posts with the label al-quran

Tak Tahu Baca Al-Quran?

Image
Jika tak tahu baca Al-Quran; Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.) Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah. "Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim) Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat. Ini artikel dan video...

Al-Quran, kita & kesibukan (2)

Image
Ini adalah sambungan penulisan artikel : Al-Quran, kita & kesibukan  bahagian satu. Membaca Al-Quran ganjarannya banyak. Di sini sambungan sebahagian nota sebelum ini. Adab sebelum baca Al-Quran - Niat ikhlas - Berwuduk - Tutup aurat - Guna tangan kanan Al-Quran kalam Allah tu benar. 8 cara untuk mendekati Al-quran dengan niat yang ikhlas. - Baca quran untuk terima petunjuk , supaya dekat dengan Allah. Supaya Allah redha. - Lihat mesej sebenar. Banyak maksud dan aspek intelek dalam setiap ayat - Tidak wajar membaca alquran untuk memenangkan pendapat sendiri - Sia-sia nikmat baca alquran jika kita guna untuk kepentingan duniawi semata - Jangan baca Quran sebab nak sihat atau nak hati tenang, tapi bacalah kerana Allah yang maha penyayang - Ganjarannya besar baca quran. Boleh jadi motivasi dan masuk syurga - Dapat mendekat denganNya - Niat fokus , supaya benar mendapat redhaNya Niat lari boleh menyebabkan futur ( lemah dan hilang semangat ). Mungkin ada buat perkara lagho masa da...