Pengalaman buat surprise delivery untuk orang di hari jadi
Semua orang suka dihargai. Namun semua kita berbeza cara dalam menggembirakan orang yang kita sayang. Bagi saya kegembiraan orang yang tersayang adalah satu kebahagian. Berikut adalah pengalaman saya memberi hadiah atau kejutan untuk ahli keluarga dan sahabat saya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan menganjurkan umatnya untuk saling memberi dan menerima hadiah. Beliau bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, agar kalian saling mencintai.” (HR. al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Shahih al-Jami 3004, al-Irwa 1601) Kek, kad dan baju untuk mak, abah dan adik. Alhamdulillah untuk semua kesempatan. Hobi saya yang memberi kad kepada mak abah sempena hari istimewa. Saya tahu itu tidaklah seberapa dan terlalu jauh nak dibandingkan apa yang mereka telah beri, namun wajah gembira mereka cukup membahagiakan. Adalah pernah beli hadiah untuk mereka dan mereka sangat hargai. Kadangkala letak di meja. Ada yang beri terus. Ada yang saya pos (masa belajar dulu). Dan...