Posts

Showing posts with the label Agama

Tentang perkahwinan, hidup berkat dan hal orang perempuan

Image
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Februari 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih. Tanyalah Ustazah (Ustazah  NorHafizah Musa) "Minta maaf dengan mak ayah bukan masa hari raya saja. Dan tolong hargai adik-beradik kita." Tanyalah Ustaz (kaya jiwa) Kaya jiwa hati baik. Tak sombong misalnya. Kaya budi baik dengan orang misalnya. Untung: - ALLAH redha. Manusia suka. - Kaya jiwa ni bentuk amalan. Orang yang kaya jiwa terus istiqamah. (Nasi Lemak Kopi O: Mandi jenazah.) "Kita semua adalah bakal jenazah." Guna bauan okay. Cuma sumber bauan tu yang penting. Tak ada kaitan dah mandi belum. Bacakan doa dan al-quran sebelum mandi boleh. Baca tu pahala. Lemah lembut mandikan. Jenazah ada perasaan cuma dunia berbeza. Makruh se...

Tentang Cinta Kerana Allah, Iddah, Dakwah, Aurat & Quran

Image
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Ogos 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih. HUTANG Hutang akan sangkut kalau mati syahid pun. Hutang sengaja tak bayar: - Zalim - Dosa tak diampunkan - putus hubungan Meminjam kena ada niat nak bayar. Sikit-sikit pun tak apa. Yang penting jangan zalim tak tunaikan hak orang. Yang meminjamkan wang jangan pula ambil kesempatan. Begitu. CINTA DALAM REDHA ILAHI Malu sebahagian daripada cabang iman. Ujian ini kepahitan di dunia tapi kemanisan di akhirat. Hormat menghormati. Itu membentuk malu. Keinginan manusiawi dikasihi. Bergaduh jangan angkat suara atau mengungkit. Jangan mencela kaum keluarga. Jangan leka. Jaga aurat. Bergurau boleh jangan menghina. Berniaga kena jujur. Jangan dayus. Suami yang membiar isteri...

Tak Tahu Baca Al-Quran?

Image
Jika tak tahu baca Al-Quran; Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.) Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah. "Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim) Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat. Ini artikel dan video...

Tentang Cinta Nabi, Masa & Menjadi Solehah

Image
Ini sedikit catatan melalui beberapa rancangan agama yang ditonton dan didengar sepanjang bulan ini. Jadi saya telah mengumpulkannya untuk diletak di dalam penulisan ini. Jika ada penambahan atau kekurangan, sila nyatakan ya? Terima kasih. “Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.” Sahabat yang baik itu: - Dia menutup aib sahabatnya. - Dekat belakang / depan pun puji. - Cari peluang untuk membantu. - Saling mendoakan Jangan kedekut doa. Doakan juga untuk orang lain; selalu. Cara Kawal Marah: - Wuduk - Ubah posisi - Diam diri - Positif - Senyum - Istighfar (Tenang) Dosa anak-anak "Dosa anak-anak tidak akan ditanggung ibubapa jika ibubapa dah beri didikan agama, dah nasihat dan tak tau pun anak itu buat salah atau maksiat tersebut (di belakang mereka). Jadi anak itu menanggung dosanya sendiri. Melainkan jika ibubapa tahu tapi buat tak tahu, tak nasihat langsung, atau tak berusaha beri didikan agama, baru ibubapa pun ...

Lirik Selawat Badriyah (Rumi) & Jom Selawat!

Image
Baiklah. Sebelum ini, ada entri yang berkongsi bacaan selawat yang selalu dilagukan beramai-ramai dalam sesebuah program di negara kita;  artikelnya di sini; bacaan selawat dalam rumi   . Kali ini saya kongsikan pula lirik selawat badriah dan juga lirik lagu jom selawat. Moga penulisan ini bermanfaat dan mudah-mudahan dengan selalu berselawat, kita akan beroleh syafaat. InsyaAllah. Lirik Selawat Badriah Solatullah Salamullah Ala Thoha Rasulillah Solatullah Salamullah Ala Yasin Habibillah Solatullah Salamullah Ala Yasin Habibillah Tawassalna bi Bismillah Wabil hadi Rasulillah Wakulli Mujahidilillah Wa Ahli Badri Ya Allah Wakulli Mujahidilillah Wa Ahli Badri Ya Allah Ilahisallimil ummah Minal afa tiwanniqmah Wamin Hammim minal Ghummah Biahlil badri ya Allah Ilahisallimil ummah Minal afa tiwanniqmah Wamin Hammim minal ghummah Biahlil badri ya Allah *Video Selawat Badriyah daripada album Anakku Sayang, Siti Nordiana *Lagu & Lirik: Copyright control ***** Lirik Jom Selawat Heli...

Dakwah dan nasihat

Image
Tak kira kita siapa, kita wajib sampaikan benda dan ilmu baik yang kita ada. Sebab kita semua mahu berlumba buat baik dan masuk syurga. Jadi buatlah semampu kita sebab kita mahu ada di tempat terbaik di sisi-Nya. InsyaAllah. Ini antara nota tentang dakwah dan nasihat untuk dikongsi bersama-sama. Ada kekeliruan, pembetulan, pertanyaan atau tambahan sila tegur ya. Terima kasih. “Ada beza antara young daie dengan season daie. Selalu young daie dia sangat concern dengan hasil dakwahnya. Jika tak nampak dia rasa frust dan stress. Tapi lama-lama saya belajar perubahan tak boleh dipaksa. Allah bukan tanya hasil tapi usaha-usaha yang kita buat” - Dr. Harlina Resepi dakwah kreatif Bahan-bahan 240 g Daya Usaha 160 g Campuran Akhlak Mulia 100 g Kesabaran 150 g Imaginasi 60 g Idea Baru Secubit senyuman secukup rasa Cara-cara membuatnya : Pukul idea baru sehingga kembang dan kental Masukkan usaha dan kesabaran sedikit demi sedikit Tambahkan imaginasi dan gaul sehingga sebati Bungkus adunan tadi den...